CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, March 16, 2009

LONELY......


hidup keseorangan di dalam suatu rumah yang mempunyai 5 buah bilik adalah
satu nikmat pada seseorang...
Pada aku ia memang suatu nikmat dan kepuasan
tetapi apabila masa nya sudah sampai
sume kenikmatan itu menjadi busan
malah aku sindri pun tak tawu nak ape

adakah ini suatu SURVIVAL...huhu
adakah ini adalah suatu pengorbanan..
aku sindri pun masih tak tawu...
aku redha dengan naseb ku begini...huhu

ini lah aku pada mase sekarang...hahaha

POLITIK

POLITIK

Ape yang anda tahu tentang politik?

Sejauh manakah pengertian anda tentang politik?

Adakah anda minat politik?

Seperti yang kita tahu politik banyak di kaitkan dengan pentadbiran, tidak kira lah pentadbiran mana sekalipun. Berbagai cara yang di gunakan untuk berpolitik ada yang guna cara rasuah, politik mee segera dan bermacam-macam lagi cara yang telah di gunakan untuk berpolitik.

Bagi aku sendiri politik sebenarnya berada di kehidupan sekeliling kita……

CINTA

Bagi pasangan yang sedang di lamun cinta politik juga di gunakan dalam bercinta. Apa contohnya?

Ketika anda sedang dibuai mesej bersama pasangan anda tiba-tiba pasangan anda ingin belajar sebab ujian nak dekat. Tapi pada hakikatnya pasangan anda tidak belajar tetapi pasangan anda keluar makan dengan rakan-rakannya ataupun buat kerja lain. Adakah anda tahu pasangan anda buat macam tu? Mungkin tahu mungkin tidak tahu…Itu adalah satu POLITIK…

PERNIAGAAN

Dalam perniagaan juga boleh di kaitkan dengan politik…Apa contohnya?

Anda pergi ke kedai ingin membeli bawang putih(tingat mase xplorace kene makan bawang putih). Harga bawang putih di kedai berkenaan RM5 setengah kilo…Bila anda pergi ke kedai satu lagi yang terletak besebelahan dengan kedai yang pertama tadi di dapati harga setengah kilo bawang putih RM4…Itulah cara kedai untuk mendapat keuntungan dan ini jugak boleh dikatakan POLITIK…

p/s banyak lagi boleh kita kaitkan dengan politik ni…Ini adalah pandagan aku sindri…

Jadi hiasi peribadi pk2 kan lah ye….

Sunday, March 15, 2009

Pak Pandir Owh Pak Pandir...

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

diAlog Dua HantU...

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Pisau.....

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar
sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan
terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang
juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa
dengan sebuah pisau lipat di atas tanah.
Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat
penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan
barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat
dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum
mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau
lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah
perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian
pelajar senior itu menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya
sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana
namanya terukir di sini.. Tapi saya
inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui
kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu
tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau
lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama
pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"